Home » SUKAN » Brazil 2 Argentina 0 Separuh Akhir Copa America

Brazil 2 Argentina 0 Separuh Akhir Copa America

Brazil 2 Argentina 0 Separuh Akhir Copa America 2019. Tamat sudah perlawanan pertama separuh akhir bagi kejohanan Copa America 2019 Brazil. Perlawanan yang telah tamat sebentar tadi memihak kepada pasukan Brazil.

Brazil 2 Argentina 0 Separuh Akhir Copa America
Brazil 2 Argentina 0 Separuh Akhir Copa America

Brazil menewaskan musuh utama bola sepak latin iaitu pasukan Argentina dengan keputusan 2-0.

Gandingan cemerlang penyerang Liverpool, Roberto Firmino dengan penyerang Manchester City, Gabriel Jesus memastikan pasukan tuan rumah menewaskan Argentina 2-0 di separuh akhir Copa America 2019 Belo Horizonte.

Firmino membantu jaringan pertama skuad bimbingan Tite apabila membuat hantaran kepada Jesus pada minit ke-19, sebelum Jesus membantu Firmino menyumbat gol kedua pada minit ke-71.

Kemenangan Brazil ini melayakan mereka ke perlawanan akhir sama ada bertemu Chile atau Peru yang akan beraksi pagi esok. Sama-sama kita nantikan pasukan mana yang bertemu Brazil nanti. – Info Sukan –

Check Also

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020. Berita baik untuk semua kaki sukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.