Budak Perempuan 11 Tahun Dirogol dan Dibunuh di Klang. Sedih bila tengok berita malam tadi. Berkenaan seorang budak perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh di Bukit Tinggi, Klang. Baru 11 tahun kot. Kejam sungguh la si pelaku tu. Lebih dari perangai setan dah. Minta jauhkan perkara-perkara ini dari kita semua. Mohon sentiasa berhati-hati kepada semua.Mayat mangsa dijumpai tidak jauh dari rumahnya. Mari kita baca berita dari Kosmo kat bawah ini.
KLANG – Seorang kanak-kanak menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila
mayatnya bukan sahaja dibuang di kawasan tempat letak kereta, malah
mangsa disyaki dirogol oleh penjenayah tidak berhati perut dalam
kejadian di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di sini kelmarin.
Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor, 11, yang cuba ditanam
pembunuhnya ditemui terbaring oleh seorang gadis di kawasan lapang di
situ pada pukul 10.30 malam sebelum dia menghubungi polis.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar bermain pada pukul 12 tengah hari dan tidak pulang sehingga malam.
Jarak antara rumah keluarga mangsa dengan tempat kejadian kira-kira 200 meter.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad
Md. Yusop berkata, pihaknya yang menjalankan siasatan ke atas tubuh
mangsa menemui kesan pendarahan pada kemaluannya.
“Kita mengesyaki mangsa telah dirogol berdasarkan kesan pendarahan
tersebut dan percaya kanak-kanak itu dibunuh di tempat lain sebelum
diletakkan di tempat letak kereta ini.
“Polis turut menjumpai alat penyodok tanah berhampiran tempat mangsa
ditemui dipercayai digunakan untuk menanam mangsa tetapi mungkin tidak
sempat apabila ada orang melalui kawasan itu,” katanya kepada pemberita
di sini semalam.
Tambahnya, polis yang menjalankan siasatan lanjut kemudian telah
menahan dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun di sekitar kawasan tersebut
pada pukul 6 pagi semalam bagi membantu siasatan kes bunuh itu mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ya Allah… takutnya bila baca Phat..
minta dijauhkan dari keluarga kita… InshaAllah
kkejam gila..
kejam betul si pelaku..mudahan mendapat balasan yang setimpal..
ya allah kasi lah keluarga ku selamat
ya allah kasi lah keluarga ku selamat