Home » BERITA » Buku Pencapaian Setahun KPM Di Bawah PH

Buku Pencapaian Setahun KPM Di Bawah PH

Buku Pencapaian Setahun KPM Di Bawah PH (Pakatan Harapan). Hari ini genap setahun tempoh pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Buku Pencapaian Setahun KPM Di Bawah PH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam di Kementerian ini yang melihatkan komitmen dan usaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan reformasi pendidikan yang digerakkan sehingga kini.

KPM turut merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, komuniti dan pihak swasta yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap setiap usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.

Sebagai sebuah gabungan yang kali pertama menjadi kerajaan, sudah tentu terdapat pelbagai halangan dan kesukaran yang ditempuhi PH. Namun dengan sokongan kuat penjawat awam, pentadbiran yang ada kian melihatkan kekuatan untuk terus memakmurkan Malaysia.

KPM amat bertuah kerana memiliki ramai penjawat awam daripada pelbagai skim perkhidmatan termasuk guru, pensyarah, pegawai tadbir dan diplomatik, pegawai kewangan serta anggota kumpulan pelaksana yang berbakat, berilmu dan mempunyai budaya kerja cemerlang dan mereka merupakan kelompok yang sentiasa dipandang tinggi.

Kementerian ini menganggap penjawat awam sebagai tunjang utama reformasi pendidikan negara dan Malaysia akan terus maju dengan perkhidmatan awam berkualiti tinggi.

Terima kasih kepada semua warga KPM dan tidak dilupakan, adiwira yang paling hebat kerana memungkinkan semua perubahan ini berlaku, iaitu rakyat Malaysia yang turun mengundi pada 9 Mei 2018, setahun yang lalu.

Dapatkan buku ringkas tentang pencapaian Setahun KPM di bawah pentadbiran PH di sini:

http://bit.ly/SetahunKPMPH

Check Also

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari. Anda dah tengok video bangga mereka ini merosakkan barang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.