Home » BERITA » Bunuh 3 Kucing Penganggur Mengaku Tidak Bersalah

Bunuh 3 Kucing Penganggur Mengaku Tidak Bersalah

Bunuh 3 Kucing Penganggur Mengaku Tidak Bersalah. Seorang penganggur mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan membunuh tiga kucing dengan melemaskan haiwan itu dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, Ahad lalu.

Bunuh 3 Kucing Penganggur Mengaku Tidak Bersalah
Bunuh 3 Kucing Penganggur Mengaku Tidak Bersalah

Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terbabit dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Muhammad Najwan dituduh atas dakwaan dengan kejam atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak sepatutnya kepada tiga kucing berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di Premis Dobi Layan Diri Atlantis, Blok 3, Desa Satu Apartment Desa Aman Puri, Kepong di Gombak pada 5 hingga 6.30 pagi, 12 Julai lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Subseksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 atau tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor N Nageswara memohon mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian dan penelitian memandangkan perwatakan tertuduh tidak stabil.

Mahkamah kemudiannya membenarkan lelaki itu ditempatkan di hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut selama sebulan dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 13 Ogos nanti.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bangkai tiga kucing berkenaan ditemui seorang wanita selepas dipercayai dibunuh dengan dilemaskan di dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Kepong.

Lelaki itu yang dikatakan kurang siuman dan hidup gelandangan selepas kematian ibu bapanya diserahkan kepada JPV bagi membantu siasatan selepas ditemui penduduk di Aman Puri, Kepong. -Metro Online-

Check Also

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10,000. Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.