Home » BERITA » Cadangan Ambil Pekerja Afrika Tidak Diteruskan

Cadangan Ambil Pekerja Afrika Tidak Diteruskan

Cadangan Ambil Pekerja Afrika Tidak Diteruskan. Seperti kebiasaan sesuatu kenyataan dibuat dahulu sebelum memikirkan akibat atau rasa tidak puas hati rakyat. Ini adalah salah satu contoh U Turn oleh kerajaan yang dinyatakan netizen di media-media sosial.

Cadangan Ambil Pekerja Afrika Tidak Diteruskan
Cadangan Ambil Pekerja Afrika Tidak Diteruskan

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, mengesahkan cadangan untuk membawa masuk pekerja asing dari Afrika ke Malaysia, tidak akan diteruskan.

Kulasegaran berkata kenyataannya sebelum ini mengenai cadangan mengambil pekerja dari Afrika sebenarnya dilapor di luar konteks dan disalah tafsir.

Beliau menjelaskan pemilik ladang membuat aduan kepadanya dalam satu pertemuan di Cameron Highlands pada Jumaat lalu mengenai kekurangan tenaga pekerja di ladang kelapa sawit.

“Untuk menampung kekurangan buruh, pemilik ladang mencadangkan agar kerajaan menimbang untuk mengambil pekerja dari Afrika, terutama dari negara di mana Malaysia mempunyai pelaburan dalam sektor gas asli dan petroleum.

“Cadangan itu boleh difahami selepas mengambil kira kekurangan buruh di ladang serta hakikat bahawa kita memang melabur di Afrika.

“Dalam konteks inilah pada sesi dialog itu, saya menimbulkan idea bahawa kerajaan mungkin perlu melihat ke arah Afrika untuk menampung kekurangan tenaga kerja di ladang di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata peladang merungut menanggung kerugian kerana pekerja dari Bangladesh, Myanmar dan Indonesia kini tidak lagi berminat bekerja di ladang sawit.

“Dikatakan industri perladangan kerugian kira-kira RM10 bilion setahun apabila buah kelapa sawit tidak dapat dituai kerana kekurangan pekerja,” katanya.

Jumaat lalu, Kulasegaran ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog bersama Menteri Sumber Manusia dengan peladang Cameron Highlands, menyatakan kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk membawa masuk pekerja asing dari Afrika berikutan masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan yang semakin meruncing. -BH-

Check Also

Isu Video XXX Azmin Perlu Letak Jawatan Kata Anwar

Isu Video XXX Azmin Perlu Letak Jawatan Kata Anwar

Isu Video XXX Azmin Perlu Letak Jawatan Kata Anwar. Presiden PKR Anwar Ibrahim berpandangan timbalannya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.