Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Hari ini admin akan kongsikan kepada anda semua Cara Buat Resipi Air Nabeez. Air nabeez adalah air atau minuman sunnah. Ianya adalah minuman baginda Rasulullah SAW junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Perkongsian ini adalah dipetik dari FB dan gambar adalah dari Google Image.
Air nabeez antara pemakanan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Rendam 7 biji kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok, saya bancuh dengan susu tepung. Insyaallah, perut mampu bertahan dari krik krik… Ni sukatan untuk 3 orang. Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Kalau untuk seorang minum, rendam 3 biji kurma dalam mug. Minum terus macamtu je pun sedap dah. Boleh lah cuba ye.. Sila share jika berminat.
Cara dia:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Kalau untuk 1 mug, cukup 3 biji. Kurma tu diambil isinya dan biji diketepikan. Carik2 isi kurma tu ye. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Pagi esok air tu dah boleh diminum. Saya bancuh dengan susu anlene sebab nak beri lebih tenaga ?
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
Perkongsian Azurah Ahmad di petik dari FB Oh Media. Dan Image dari Risalah Mutiara Tauhid