Cara Dapatkan Siaran TV Digital MyFreeview. Untuk makluman siaran televisyen analog akan ditamatkan siarannya secara berperingkat di negara kita Malaysia bermula 19 Ogos 2019. Oleh hal demikian, anda yang menggunakan siaran TV analog atau areal biasa perlu bertukar ke Myfreeview TV siaran digital ini.
Set TV Biasa
Set TV biasa sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder DVB-T2 menggunakan kabel AV/HDMI.
IDTV
Set TV baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang telah dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television) dan boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder DVB-T2. Set IDTV telah mula dijual di pasaran.
Dekoder DVB-T2
Ia juga dikenali sebagai alat penerima DVB-T2 yang perlu digunakan untuk menerima siaran digital myFreeview. Dekoder DVB-T2 boleh didapati di kedai elektronik di seluruh negara mulai November 2016.
Aerial UHF perlu dipasang dan disambung kepada terminal aerial dekoder/IDTV. Ada dua jenis aerial yang boleh digunakan iaitu:
a. Aerial Dalaman
Aerial ini boleh menerima isyarat bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang daripada 25km daripada stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan aerial dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud).
b. Aerial Luaran
• Aerial luaran adalah pilihan terbaik dan boleh menerima isyarat pemancaran dengan baik apabila aerial dihalakan ke arah stesen pemancar.
• Alat ‘booster’ tidak perlu dipasangkan kepada aerial kerana kebanyakan ‘booster’ tidak membantu dan sebaliknya mengganggu penerimaan isyarat.
Maklumat lanjut anda boleh terus ke website myfreeview TV