Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online - Berita Viral Terkini
Home » INFORMASI » Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online 2019  dan bukan online. Bagaimana nak kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019? Ramai penerima BR1M masih keliru adakah mereka secara automatik layak menerima BSH tahun depan. Mengikut laporan media, pemberian Bantuan Sara Hidup Rakyat bakal diperketat supaya hanya yang betul-betul layak sahaja akan terima bantuan kerajaan ini.

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online

KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2019
Bagi penerima yang belum tahu status rasmi permohonan BSH, anda boleh semak di portal rasmi bsh.hasil.gov.my Hanya permohonan yang GAGAL layak membuat rayuan semula dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak LHDNM.

Sama seperti BRIM, ada beberapa perkara yang perlu anda kemaskini untuk BSH , antaranya:

Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
Alamat surat menyurat terkini dan emel
Nombor telefon bimbit dan rumah
Maklumat akaun bank
Maklumat pasangan dan tanggungan
Maklumat waris
Segala maklumat ini hendaklah sahih dan terkini. Sekiranya didapati anda menipu, permohonan anda akan ditolak serta-merta!

Dan nama anda mungkin disenarai hitam daripada menerima Bantuan Sara Hidup.

CARA KEMASKINI
Untuk kemaskini permohonan anda, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:

Layari portal BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT
Klik pada bahagian MyBSHR
Sila masukkan No. MyKad
Klik Kemaskini Permohonan
Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera
Pastikan anda menjawab soalan dengan betul.

Sekiranya salah tiga kali berturut-turut akaun anda akan disekat. Jika ini berlaku, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan LHDN untuk aktifkan semula akaun. Jangan lupa kemaskini maklumat bahagian B sekiranya terdapat penambahan ahli keluarga baru (anak, isteri, etc) mengikut tanggungan anda.

Dan kemaskini juga maklumat pendapat mengikut penyata gaji terkini anda. Pastikan maklumat waris juga diisi dengan betul. Ini supaya tiada masalah ke depan terutama apabila hendak menuntut skim khairat kematian andai penerima BSH meninggal dunia.

Check Also

Kalendar 2021 Termasuk Tarikh Gaji Penjawat Awam

Kalendar 2021 Termasuk Tarikh Gaji Penjawat Awam. Berikut admin kongsikan kepada anda Kalendar 2021 milik …

One comment

  1. Muhamad al affandi bin mohd wazir

    Bantuan sara hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.