Home » INFORMASI » Cara Memohon KWSP i Citra

Cara Memohon KWSP i Citra

Cara Memohon KWSP i Citra. TERKINI : Permohonan I-Citra.

❗Peringatan :- Tiada sebarang Pindaan Amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat. ❗

✅ Semua ahli KWSP yg berumur 55 tahun ke bwh layak memohon.
✅ Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
✅ Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
✅ Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
✅ Bayaran minimum adalah RM50.
✅ Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

👉Berikut adalah Panduan Step By Step utk memohon pengeluaran I-Citra :-

  1. Klik pada PERMOHONAN
    ➡️ Masukkan No Kad Pengenalan dan No Tel.
  2. Anda akan diminta utk masukkan OTP (One Time Password)
    ➡️ OTP akan dihantar ke No Tel anda yg berdaftar dgn KWSP.
  3. Setelah masukkan OTP, anda akan melihat AMAUN PENGELUARAN
    ➡️ Klik utk memohon RM5000, klik teruskan.
    ➡️ Sekiranya Amaun Pengeluaran anda kurang dari RM5000 (Lain Amaun), maka AMAUN TERTERA itu adalah amaun yg layak utk anda keluarkan sahaja. (Tertakluk pd baki semasa Akaun 1+2)
    ➡️ Pilih Amaun tersebut, klik teruskan.
  4. Anda akan melihat JADUAL PENGELUARAN
    ➡️ Pembayaran dibayar maksimum RM1000 setiap bulan selama 5 bulan, klik teruskan.
    ➡️ Jadual pembayaran anda akan berbeza sekiranya amaun anda kurang dari RM5000.
  5. Sila check maklumat anda.
    ➡️ Pastikan No Akaun Bank anda betol.
    ➡️ Pastikan Jumlah Amaun yg dipohon juga betol.
    ➡️ Jawab 2 soalan sebelum klik teruskan. (Ikut Suka, buh ja alasan apa pun)
  6. Sahkan sekali lagi maklumat anda, jadual pembayaran dan juga akaun bank.
    ➡️ Pastikan amaun pengeluaran anda adalah MAKSIMUM.
  7. Klik Hantar dan Klik Cetak & Simpan Permohonan anda.
    ➡️ Muat Turun utk Rujukan.

⚠️ REMINDER ⚠️
Sila pastikan amaun yg dipohon adalah betol dan maksimum kerana anda tidak boleh membuat pindaan setelah menghantar permohonan.

Link : https://icitra.kwsp.gov.my/

Rujuk & Lihat Gambar Sebelum Memohon Di SINI

Sekian Info.
Credited to Firdaus Shakirin

Check Also

Cara Semak Permohonan i Citra KWSP

Cara Semak Permohonan i Citra KWSP

Cara Semak Permohonan i Citra KWSP. Tahukah anda bermula 16 Julai 2020 semua permohonan pengeluaran …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.