Cara Mohon BPN Online LHDN. Seperti yang semua rakyat Malaysia sedia maklum baru-baru ini YAB Perdana Menteri Malaysia ada mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu rakyat dalam keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.
Salah satu insentif untuk rakyat yang telah diumumkan adalah Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk SINI.
Jadi kepada yang ingin menyemak dan memohon BPN serta BSH anda ikuti langkah yang admin kongsikan ini :-
Sila layari www.hasil.gov.my dan seterusnya sila klik di pautan KOTAK HITAM (Bantuan Sara Hidup (BSH) & Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Semua semak di situ. Masukkan no ic. Kalau nama tiada, sistem akan allow untuk isi borang. Jika nama dah ada dalam sistem (samada dalam BSH atau LHDN), sistem akan block, tidak boleh isi borang. Tunggu sahaja emel atau duit masuk kepada yang layak.
Sistem ini akan bermula 1 April 2020
P/S : Jika anda gagal untuk melayari pautan LHDN jangan bimbang anda boleh cuba lagi. Mungkin sedang sesak dengan orang ramai yang turut ingin melayari website mereka.
Maklumat lanjut boleh hubungi hotline di bawah