Home » INFORMASI » Cara Pengeluaran RM500 Sebulan Wang KWSP Akaun 2

Cara Pengeluaran RM500 Sebulan Wang KWSP Akaun 2

Cara Pengeluaran RM500 Sebulan Wang KWSP Akaun 2. Satu lagi langkah diambil oleh kerajaan melalui satu pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 23 Mac 2020.

Cara Pengeluaran RM500 Sebulan Wang KWSP Akaun 2
Cara Pengeluaran RM500 Sebulan Wang KWSP Akaun 2

Semua pemegang akaun KWSP boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka sebanyak RM500.00 sebulan melalui akaun 2 masing-masing bermula 1 April 2020.

Langkah ini bagi membantu rakyat yang terkesan dengan situasi ekonomi semasa yang tidak menentu lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia sedang bertarung dengan wabak Covid-19 termasuk negara kita Malaysia.

Jadi admin kongsikan cara terperinci bagaimana anda boleh mengeluarkan wang KWSP anda ini. Semua info adalah sahih yang diperoleh daripada laman sesawang KWSP.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias berkata, “Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu. Sebagai sebuah institusi dana persaraan, KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini. “

Tambah beliau, kelonggaran untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 ahli akan memerlukan pindaan kepada Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6). Katanya lagi, “Kami meletakkan i-Lestari sebagai keutamaan untuk dilancarkan secepat mungkin. Emel khas bagi i-Lestari juga telah disediakan iaitu ilestari@epf.gov.my untuk ahli menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan. Soalan berserta maklum balas ini kemudiannya akan dikemaskini dalam senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my.”

Alizakri juga mengingatkan ahli tentang kepentingan menggunakan pertimbangan wajar apabila membaca tentang sesuatu berita atau paparan media sosial. “Terdapat pelbagai unsur penipuan dan berita palsu yang disebarkan terutamanya melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter. Para ahli diingatkan bahawa KWSP hanya membuat makluman kepada ahli melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi. “

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
23 Mac 2020

LAMPIRAN
Fasiliti Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Kemudahan pengeluaran i-Lestari:

Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli

Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan

Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020

Untuk tempoh maksimum 12 bulan

Pendaftaran:

Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos

Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian (rujuk SINI)

Permohonan Pengeluaran

Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)

Permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual

Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.

Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.

Check Also

4 Barang Paling Dicari Semasa PKP

4 Barang Paling Dicari Semasa PKP

4 Barang Paling Dicari Semasa PKP. Admin ingin kongsikan kepada anda ini adalah antara 4 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.