Home » BERITA » Cara Refund Duit Tambang Dari Rayani Air

Cara Refund Duit Tambang Dari Rayani Air

Cara Refund Duit Tambang Dari Rayani Air
Cara Refund Duit Tambang Dari Rayani Air

Seperti yang semua sedia maklum baru-baru telah berlaku kekecohan melibatkan satu syarikat penerbangan baru iaitu Rayani Air. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh penumpang Rayani Air terutama mereka yang telah pun membeli tiket dan penerbangan dibatalkan dengan tiba-tiba. Anda semua jangan khuatir kerana CEO Rayani Air telah pun memberitahu kepada media Cara Refund Duit Tambang Dari Rayani Air baru-baru ini.

Jadi kepada kepada semua yang terlibat dengan kes Rayani Air ini jom baca dan kongsikan kepada mereka yang terlibat tentang Cara Refund Duit Tambang Dari Rayani Air. Para penumpang boleh memungut wang tiket mereka samaada di Pejabat Rayani Air di Dataran Automobil, Seksyen 15 Shah Alam ataupun menerusi pangilan telefon di talian 03-27214925 ataupun menerusi emel di info@rayaniair.com.

Pembayaran akan dibuat menerusi online banking ataupun secara tunai bergantung kepada keadaan. Ravi berkata, pihaknya telah pun membuka kaunter bagi penumpang yang datang menuntut pembayaran semula tambang bermula hari ini. Ravi dalam satu kenyataan di Facebook semalam memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh syarikat penerbangan terbabit.

Menurutnya lagi, buat masa kini, pihaknya sedang berusaha  untuk menyelesaikan urusan dalaman bagi memastikan Rayani Air kembali beroperasi. Beliau turut memohon maaf kepada para penumpang yang terjejas akibat masalah yang dihadapi syarikat penerbangan itu.

Check Also

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 146 kali. Agak mengejutkan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.