Home » INFORMASI » Cara Semak Permohonan i Citra KWSP

Cara Semak Permohonan i Citra KWSP

Cara Semak Permohonan i Citra KWSP. Tahukah anda bermula 16 Julai 2020 semua permohonan pengeluaran wang simpanan KWSP melalui skim i-Citra boleh disemak secara dalam talian atau online.

Cara untuk menyemak permohonan anda sama ada berjaya atau tidak mudah sahaja. Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah seperti yang admin kongsikan kepada anda di bawah ini :-

  1. Anda semua perlu layari https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Masukkan nombor telefon yang anda daftarkan semasa permohonan
  4. Tandakan pada ruangan “SAYA BUKAN ROBOT”
  5. Klik/Tekan pada butang “SEMAK STATUS”

Selesai dan cukup mudah. Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan anda boleh hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Maklumat secara FAQ juga boleh didapati di pautan ini : I CITRA

Check Also

Cara Memohon KWSP i Citra

Cara Memohon KWSP i Citra. TERKINI : Permohonan I-Citra. ❗Peringatan :- Tiada sebarang Pindaan Amaun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.