Home » INFORMASI » Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah. Seperti yang semua umat Islam di negara kita sedia maklum bahawa tahun ini 2020 satu dunia telah dilanda dengan masalah wabak Covid-19. Ini menyebabkan banyak aktiviti yang melibatkan orang ramai berkumpul tidak dibenarkan.

Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah
Cara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

Ia termasuk lah dengan penutupan tempat-tempat ibadat di negara kita termasuk masjid. Ia menjadi persoalan bahawa di mana kah kita akan bersolat sunat hari raya aidilfitri.

Jangan bimbang jom kita ikuti perkongsian berkaitan Solat Sunat Aidilfitri ini. Tidak perlu risau jika solat sunat hari raya kali ini tidak boleh dilakukan di masjid atau di surau kerana solat ini juga boleh dilakukan di rumah secara berjemaah mahupun bersendirian.

Hukum Solat Sunat Hari Raya
Hukumnya adalah sunat muakkad (yang sangat dituntut dalam Islam). Dalam setahun umat Islam hanya bersolat untuk hari raya sebanyak 2 kali sahaja iaitu pada hari raya Idulfitri dan hari raya korban atau Aidiladha.

Solat ini boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian di rumah.

Segala rukun dan syarat solat raya adalah sama sebagaimana solat fardhu yang lima. Cuma terdapat perkara sunat yang ditambah iaitu bertakbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara setiap takbir tersebut, kita digalakkan untuk bertasbih.

Lafaz Tasbih
Bacaan tasbih ringkas dalam solat hari raya
Lafaz tasbih ini dibaca di antara takbir solat sunat hari raya.
Subhanallah – Walhamdulillah – Wa la Ilahaillah- Wa Allahu Akbar

Maksudnya: “Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan Melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar.”

Waktu Solat Sunat Aidilfitri
Solat ini dilaksanakan pada setiap 1 Syawal. Ia ditunaikan pada waktu pagi iaitu setelah terbitnya matahari dan sebelum masuknya waktu zohor. Kebiasannya di Malaysia, kita memulakan solat raya sekitar jam 8.30 atau 9.00 pagi.

Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Lafaz Niat Bersendirian

Usalli sunnatan Aidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

“Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz Niat Berjemaah (menjadi imam/makmum)

Niat solat hari raya aidilfitri secara berjemaah menjadi imam atau makmum
Usalli sunnatan Aidil Fitri rak’ataini Imaman/makmuman lillahi ta’ala.

“Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat Imam/Makmum kerana Allah Ta’ala.”

Rakaat Pertama

  1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.

Bacaan tasbih ringkas dalam solat hari raya

  1. Membaca Surah al-Fatihah.
  2. Membaca mana-mana Surah dalam al-Qur’an (digalakkan membaca Surah al-A’laa).

Bacaan Surah al-A’la pada rakaat pertama Solat Sunat Hari Raya

  1. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat kedua
Setelah bagun daripada sujud rakaat pertama,

  1. Lafaz takbir lima kali di selang selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.

Bacaan tasbih ringkas dalam solat hari raya

  1. Membaca surah al-Fatihah.
  2. Membaca surah al-Quran (Surah al-Kafirun untuk rakaat kedua).

Bacaan Surah al-Ikhlas pada rakaat KeduaSolat Sunat Hari Raya

  1. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  2. Memberi salam.
  3. Membaca doa.

Setelah selesai menunaikan solat, umat Islam digalakkan mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.

Khutbah Aidilfitri
Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Syarat Khutbah Hari Raya:

Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
Khabit mestilah seorang lelaki.
Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.

Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2020 Bacaan Di Rumah

Check Also

Tarikh Pendaftaran IPTA IPTA Semasa PKPB

Tarikh Pendaftaran IPTA IPTA Semasa PKPB

Tarikh Pendaftaran IPTA IPTA Semasa PKPB dan juga kalendar akademik bagi tahun 2020 telah diedarkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.