Home » SUKAN » Carutkan Fans Selangor Farizal Harun Mohon Maaf

Carutkan Fans Selangor Farizal Harun Mohon Maaf

Carutkan Fans Selangor Farizal Harun Mohon Maaf. Sikap panas baran penjaga gol Selangor, Farizal Harun sekali lagi memakan diri apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bakal mengambil tindakan tegas ke atasnya susulan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong Red Giants sejurus tewas 0-1 kepada Terengganu FC di Kuala Terengganu, malam tadi.

Carutkan Fans Selangor Farizal Harun Mohon Maaf
Carutkan Fans Selangor Farizal Harun Mohon Maaf

Farizal atau Ejai turut mencetuskan kontroversi apabila menumbuk pemain PKNP FC, Mohamad Al-Fateh Afandi minggu lalu dilihat tidak serik dengan mengulangi perkara sama apabila nyaris bergaduh dengan penyokong sendiri.

Menurut kenyataan rasmi FAS, persatuan itu mengambil serius tentang isu itu dan menjelaskan Farizal sudah membuat permohonan maaf di atas kesilapannya itu.

“Berikutan insiden yang membabitkan penjaga gol utama Selangor, Farizal Harun dan penyokong pasukan Selangor di Kuala Terengganu, FAS sudah menerima permohonan maaf dari Farizal yang kesal dengan perbuatannya tempoh hari.

“Buat masa ini pihak FAS sedang mempertimbangkan tindakan susulan yang wajar diambil untuk kebaikan semua pemegang yang berkepentingan.

“Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

FAS sentiasa komited memberikan yang terbaik kepada pemain, pegawai dan penyokong setia Red Giants,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, video ringkas permohonan maaf Farizal dimuat naik di Instagram selangorfans_official dengan bekas penjaga gol FELDA United itu memohon maaf secara terbuka.

“Saya Farizal Harun mahu meminta maaf kepada penyokong Selangor, saya kesal dengan tindakan saya dan harap FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor) dapat memperbetulkan keadaan ini.

“Saya sedia menerima sebarang hukuman dan harap FAS dapat membuat keputusan seadilnya dalam menentukan tindakan yang hendak diambil ke atas saya,” kata Farizal.

Sebelum ini, FAS memberi peringatan kepada Farizal selepas menumbuk dengan sengaja pemain PKNP FC ketika sedang menanti sepakan sudut perlawanan.Selain FAS, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga mengeluarkan amaran keras dan sedang menyiasat kes terbabit. -Metro-

Check Also

Video Gol Jarak Jauh Pahang vs Perak

Video Gol Jarak Jauh Pahang vs Perak

Video Gol Jarak Jauh Pahang vs Perak. Gol ketiga ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.