Home » BERITA » Cerita Penuh Kes Culik Budak Di Sabah

Cerita Penuh Kes Culik Budak Di Sabah

Cerita Penuh Kes Culik Budak Di Sabah yang diceritakan sendiri oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah. Ceritanya begini, siasatan mendapati suspek datang ke sebuah rumah yang menjual barangan runcit bersebelahan dengan rumah dimasuki suspek.

Cerita Penuh Kes Culik Budak Di Sabah

“Selepas itu, suspek sambil membawa pisau keluar dari rumah yang menjual barangan runcit lalu menangkap kanak-kanak terbabit.

“Suspek kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam sebuah rumah sambil mengacukan pisau di leher mangsa,” katanya kepada media di lokasi kejadian.

Omar berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4 petang sebelum menghantar anggota dan berunding dengan suspek supaya melepaskan kanak-kanak terbabit.

“Tetapi suspek enggan dan terus meletakkan pisau di leher kanak-kanak terbabit hingga mangsa luka.

“Suspek cuba mencampak mangsa keluar tingkap di tingkat empat menyebabkan polis segera melepaskan beberapa das tembakan mengenai suspek.

“Suspek mati di tempat kejadian dan polis segera menyelamatkan mangsa lalu dibawa ke hospital,” katanya.

Siasatan mendapati suspek bukan tinggal di kawasan perumahan itu dan dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Ketika rundingan, suspek tidak ada membuat apa-apa permintaan dan motif tidak diketahui.

“Kemungkinan suspek ada masalah mental, namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, ketika rundingan dengan suspek, mangsa kelihatan lemah kerana hampir empat jam ditawan di bahagian dapur rumah berkenaan. -SUMBER-

Check Also

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019

ILP Miri Catat IPU Bahaya 22 Ogos 2019. Iindeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.