Home » BERITA » Cerita Sebalik Jamal Yunos Naik Ambulans Ke Court

Cerita Sebalik Jamal Yunos Naik Ambulans Ke Court

Cerita Sebalik Jamal Yunos Naik Ambulans Ke Court atau mahkamah dengan berpakaian hospital. Datuk Seri Jamal Md. Yunos pakaian pesakit hospital termasuk membawa ‘drip stand’ kerana diserang demam campak. Perkara ini menjadi tumpuan netizen kerana sebelum ini selalu hadir ke mahkamah berpakaian formal seperti blazer.

Cerita Sebalik Jamal Yunos Naik Ambulans Ke Court
Cerita Sebalik Jamal Yunos Naik Ambulans Ke Court

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini telah membatalkan waran tangkap Jamal selepas dia gagal hadir pada perbicaraan dua pertuduhan iaitu akta imigresen dan melarikan diri dari jagaan pihak polis.

Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas mahkamah memaklumkan telah menerima surat cuti sakit yang diberi oleh pihak pembelaan pada pagi tadi.

“Perlu diketahui mahkamah tetap akan mengeluarkan waran tangkap dan bertindak sebagai Rule Of Law (memerintah mengikut undang-undang). Surat cuti sakit hanya dikeluarkan selepas pukul 5 petang” katanya.

Pada masa sama, Muhamad Firdaus turut memberi amaran kepada jamal supaya tidak lagi gagal hadir kerana ini bukan kes waran tangkap pertama yang dikeluarkan kepada Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia itu.

Dalam prosiding itu, peguam Datuk Sulaiman Ismail yang mewakili Jamal mengakui hanya memberikan cuti sakit itu pada sebelah pagi sebelum prosiding perbicaraan berlangsung.

Katanya, surat cuti sakit itu baru diberikan dengan alasan tidak sempat menyerahkannya kepada pihak mahkamah semalam kerana sudah lewat pada pukul 5.15 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak membuat sebarang bantahan.

Perbicaraan kemudian bersambung. – K! ONLINE

Check Also

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 146 kali. Agak mengejutkan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.