Home » BERITA » Cerita Sebenar Kereta Wanita Diserang Di KB

Cerita Sebenar Kereta Wanita Diserang Di KB

Cerita Sebenar Kereta Wanita Diserang Di KB atau lebih tepat lagi di jalan hadapan Bazar Buluh Kubu. Seorang wanita bersama adik dan dua anaknya berdepan detik cemas, apabila kereta Toyota Camry yang dinaiki ditendang dan dipukul dengan kayu serta besi oleh beberapa lelaki.

Cerita Sebenar Kereta Wanita Diserang Di KB
Cerita Sebenar Kereta Wanita Diserang Di KB

Kejadian 10.30 malam itu menyebabkan cermin kereta dan kenderaan wanita berusia 40 tahun itu pecah serta rosak hingga mengalami kerugian RM5,000.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum kejadian mangsa baru keluar parkir sebuah pasar raya dan meminta kepada peniaga supaya mengalihkan meja serta barang jualan kerana mahu melalui jalan berkenaan.

Katanya, wanita itu kemudian melalui jalan terbabit sebelum keretanya ditendang beberapa lelaki yang berang kerana melalui jalan yang dijadikan tapak jualan.

“Selepas itu wanita terbabit meneruskan perjalanan dan ketika melalui sebuah kedai makan berhampiran pasar raya, keretanya ditendang lagi beberapa lelaki.

“Wanita itu meneruskan perjalanan kerana bimbang keselamatan diri dan ketika di lampu isyarat berhampiran, keretanya sekali lagi terhalang oleh peniaga dan orang ramai di kawasan itu.

“Mangsa berhenti dan keluar dari kenderaannya sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali memecahkan cermin bahagian belakang kereta dengan kayu dan besi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, klip video berdurasi 1 minit 33 saat tular di laman sosial Facebook sejak malam tadi dengan seorang wanita berang selepas diserang sekumpulan lelaki dipercayai peniaga dan pengunjung.

Mengulas lanjut Abdul Rahim berkata, adik perempuan mangsa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan dan apabila anggota polis yang kebetulan meronda di kawasan itu tiba, beberapa lelaki melarikan diri.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke balai polis berhampiran.

“Susulan kejadian itu, polis menahan peniaga berusia 26 tahun untuk siasatan lanjut.

“Kita masih mengesan beberapa lelaki yang masih bebas dipercayai turut terbabit dalam kes itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dua suspek yang merosakkan kereta milik wanita dalam kejadian di Bazar Buluh Kubu di Kota Bharu, ditahan hari ini.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu pada 2 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, selepas kejadian itu, pihaknya menggerakkan usaha mengesan beberapa suspek yang terbabit.

Katanya, pada malam kejadian, polis berjaya menahan suspek pertama berusia 26 tahun di sekitar daerah ini.

“Pada 2 pagi ini, seorang lagi suspek berjaya ditahan dan permohonan reman untuk siasatan lanjut dibuat pagi ini.

“Pada masa sama, kita masih mengesan sekurang-kurangnya tiga lagi suspek untuk membantu siasatan.

“Kita minta individu ini menyerah diri di balai polis berhampiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Metro Online-

Check Also

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen. Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.