Home » Uncategorized » Cikgu Mati Ditembak di Bachok Kelantan

Cikgu Mati Ditembak di Bachok Kelantan

BACHOK – Bahana hutang, seorang guru muzik menemui ajal apabila terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki bermotosikal di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kelantan.

Kejadian pukul 1.40 petang itu berlaku ketika Hashim Mat Zain, 43, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Baru Kampung Panjang dengan menaiki sebuah kereta jenis Mercedes C200 dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor.

Sebaik tiba di satu simpang kira-kira 50 meter dari pagar sekolah berkenaan, mangsa telah didatangi seorang lelaki bermotosikal sebelum suspek melepaskan empat das tembakan lalu melarikan diri.

Kereta mangsa kemudian terbabas ke halaman dan melanggar tangga sebuah rumah milik seorang wanita kira-kira 20 meter dari simpang berkenaan sebelum dia menemui ajal tidak lama kemudian.

Siasatan awal polis mendapati, motif kejadian mungkin berpunca akibat hutang kerana selain menjadi guru, mangsa terlibat dalam perniagaan balak, jualan langsung dan kontrak kantin. – KOSMO!

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. errgghhh lagi kes bunuh..
    tak takut dosa betul lah manusia skrg ni huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.