Home » BERITA » CIMB Sahkan Portal CIMB Clicks Selamat

CIMB Sahkan Portal CIMB Clicks Selamat

CIMB Sahkan Portal CIMB Clicks Selamat. Pagi ini telah tular di media sosial tentang ada pengguna CIMB Clicks yang mengadu bahawa portal milik CIMB iaitu CIMB tidak selamat. Jadi admin ingin berkongsi kepada anda satu laporan akhbar BH Online tentang perkara ini.

CIMB Bank Bhd (CIMB) menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

Ia susulan beberapa dakwaan yang tular di media sosial mengatakan sistem portal perbankan itu sebagai tidak selamat.

Ada pengguna mendakwa akaun mereka boleh diakses walaupun tanpa memasukkan kata laluan yang betul.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, CIMB berkata pada hujung minggu lalu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

“Selain daripada memastikan sistem kami kini boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, kami turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot laman web,” katanya di sini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +60 3 6204 7788.

Check Also

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia. Ahli Parlimen Tanjung Piai dan juga merupakan Timbalan Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.