Home » INFORMASI » Ciri Tinted Lulus JPJ

Ciri Tinted Lulus JPJ

Ciri Tinted Lulus JPJ. Kereta dengan tinted memang tidak boleh dipisahkan. Tinted ini berfungsi sebagai penapis kepada cahaya yang akan masuk melalui cermin kereta supaya keadaan dalam kereta tidak begitu panas dan sistem hawa dingin kenderaan akan sentiasa sejuk.

Tinted cermin juga boleh dijadikan perisai daripada perkara yang tidak baik seperti samun yang menggunakan taktik memecah cermin kenderaan ketika di lampu isyarat atau ketika jalan sesak.

Baru-baru ini pihak berkuasa ada mengumumkan mereka akan melancarkan perang kepada pengguna kenderaan yang menggunakan tinted gelap dan tidak mengikut kadar kelulusan yang dibenarkan.

Ciri Tinted Lulus JPJ
Ciri Tinted Lulus JPJ

Jadi ciri-ciri tinted yang dibenarkan dan ciri tinted lulus JPJ adalah :

1. 70% kadar ketelusan cahaya pada cermin depan
2. 50% kadar ketelusan cahaya pada cermin belakang
3. 50% kadar ketelusan cahaya pada cermin tepi

Penggunaan tinted gelap tidak semestinya menyelesaikan masalah cahaya panas melampau yang masuk ke dalam kereta tetapi yang penting adalah kadar UV protection yang terdapat pada tinted yang dipasang dan ia adalah ciri tinted lulus JPJ.

*gambar pinjam Google

Check Also

Urusniaga ASNB Ditangguh bermula 18 Disember 2019

Urusniaga ASNB Ditangguh 18 Disember 2019

Urusniaga ASNB Ditangguh 18 Disember 2019. Adalah dimaklumkan kepada semua pelabur tidak kira ASB atau …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.