Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 37. Seperti biasa sebelum laporan penuh berkaitan Covid-19 suka diingatkan kepada semua pembaca untuk #stayathome dan #staysafe.
Ikuti segala langkah pencegahan yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Laporan terkini penularan jangkitan COVID19 di Malaysia setakat 30 Mac 2020.
Terdapat 91 kes yang pulih pada 30 Mac 2020, menjadikan jumlah kes #COVID19 yang telah pulih dan discaj dari wad sebanyak 479.
Terdapat 156 kes baru dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,626 kes.
94 kes dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi. Sebanyak 62 kes daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kes kematian baru telah dilaporkan. Jumlah keseluruhan kes kematian COVID19 di Malaysia sebanyak 37 kes.