Home » BERITA » Covid 19 Malaysia Catat Kes Kematian Ke 8

Covid 19 Malaysia Catat Kes Kematian Ke 8

Covid 19 Malaysia Catat Kes Kematian Ke 8. Hari ini 21 Mac 2020 merupakan hari keempat rakyat negara kita dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat daripada wabak Covid-19.

Covid 19 Malaysia Catat Kes Kematian Ke 8
Covid 19 Malaysia Catat Kes Kematian Ke 8

#stayathome dan #kitajagakita berlegar-legar di media sosial untuk saling memperingati tanggungjawab masing-masing dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.

Namun begitu, hari ini kita redha bahawa wabak Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dan jumlah kematian dicatatkan hingga ke hari ini adalah 8 kematian.

Kita baca laporan penuh daripada Harian Metro Online di bawah ini :-

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan pertambahan empat kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini, termasuk dua kematian di Sarawak yang dilaporkan Harian Metro sebentar tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan sehingga kini.

Beliau berkata, kes kematian kelima membabitkan seorang wanita berusia 79 tahun warga Malaysia yang dimasukkan ke Borneo Medical Centre, Isnin lalu (16 Mac), selepas mengalami demam dan batuk selama lima hari.

Menurutnya, pada hari kedua, wanita itu mengalami kesukaran bernafas, namun keluarga tidak mempersetujui dia diberi bantuan alat pernafasan.

Katanya, wanita itu kemudian dibawa pulang keluarga pada Selasa (17 Mac) dan disahkan meninggal dunia keesokannya (18 Mac).

“Beliau (wanita itu) mempunyai kontak dengan dua lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuannya. Kes kematian keenam pula membabitkan anak perempuan kes kematian kelima.

“Kes ini membabitkan seorang wanita warga Malaysia berusia 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac (Rabu lalu) selepas mengalami demam dan batuk sejak 17 Mac.

“Beliau disahkan positif Covid-19 pada 19 Mac (kelmarin) dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama selepas didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

“Beliau disahkan meninggal dunia 1.20 tengah hari pada 21 Mac (hari ini),” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Mengenai kematian kes ketujuh, Dr Noor Hisham berkata, ia membabitkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif Covid-19 daripada kluster tabligh.

Beliau berkata, lelaki itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Rabu lalu (18 Mac) selepas mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.

Menurutnya, keadaan kesihatan lelaki itu kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 3.22 petang hari ini (21 Mac).

“Kes kematian kelapan pula adalah membabitkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac (Isnin lalu) selepas mengalami gejala demam sejak 12 Mac.

“Beliau dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac (Rabu lalu) selepas didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokannya.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac (hari ini) pada 4 petang,” katanya.

Dalam hantaran di Facebooknya itu, Dr Noor Hisham bersama warga Kementerian Kesihatan turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Untuk kemaskini harian berkaitan wabak Covid-19 di Malaysia anda boleh dapatkan info di FB KKM

Check Also

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia

24 Doktor Maut Akibat Covid 19 di Indonesia. Satu berita yang benar-benar meruntun jiwa kita. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.