Home » BERITA » Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu

Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu

Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu. Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu sebentar tadi 13 Julai 2020 jam 2.45 petang.

Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu
Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun mengangkat sumpah Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, hari ini.

Upacara pada 2.45 petang itu dilaksanakan dalam keadaan Ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya dibenarkan mengemuka calon YDP dan melakukan pengundian semula.

Pencalonan Azhar diusulkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Azhar dilantik sebagai pengerusi SPR pada 21 September 2018 dan meletakkan jawatan, 29 Jun lalu.

Terdahulu, pada sesi pagi persidangan Dewan Rakyat, usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dengan 111 Ahli Parlimen menyokong, 109 Ahli Parlimen tidak bersetuju manakala seorang tidak hadir. -Metro Online-

Check Also

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.