Home » BERITA » Datuk Mahadzir Lokman Tidak Meninggal Hanya Kritikal

Datuk Mahadzir Lokman Tidak Meninggal Hanya Kritikal

Semalam telah tersebar berita yang mengatakan bahawa pengacara ‘legend’ negara Mahadzir Lokman telah meninggal dunia kerana sebelum ini kritikal di hospital. Tetapi sebenarnya Datuk Mahadzir Lokman Tidak Meninggal Hanya Kritikal sahaja. Marilah sama-sama kita semua rakyat Malaysia mendoakan supaya kesihatan Mahadzir Lokman pulih seperti sediakala. Mari sama-sama kita ikuti laporan dari Mstar untuk maklumat lengkap berkaitan dengan berita Mahadzir Lokman Tidak Meninggal Hanya Kritikal.

Datuk Mahadzir Lokman Tidak Meninggal Hanya Kritikal
Datuk Mahadzir Lokman Tidak Meninggal Hanya Kritikal

Danial Lokman menafikan khabar angin yang mengatakan abangnya, Datuk Mahadzir Lokman telah meninggal dunia. Danial berkata, Mahadzir masih berada dalam keadaan kritikal. “Doktor masih terus berusaha untuk menstabilkannya,” jelas Danial kepada The Star petang Isnin. Dia meminta supaya orang ramai tidak percaya dengan khabar angin yang berkaitan dengan kematian Mahadzir.

Danial turut meminta mana-mana pihak yang mengenali Mahadzir supaya mendoakan abangnya supaya cepat sembuh. Pada Ahad, pengacara dan personaliti televisyen popular berusia 60 tahun itu dilapor tidak sedarkan diri kemungkinan berpunca daripada komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman, 60, kini berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.Adiknya, Danial Lokman ketika dihubungi mStar Online berkata, pihak PPUM perlu menstabilkan jangkitan yang dialami abangnya terlebih dahulu sebelum dapat memberitahu bila ikon penyiaran negara itu akan sedar daripada koma.

“Pihak doktor pun dah sambungkan tiub ke badan abang saya bagi memantau kesihatannya. Saya dimaklumkan bahawa keadaannya sangat kritikal dan dia masih belum sedarkan diri.”Buat masa ini, semua ahli keluarga berada di sini (PPUM) untuk bergilir-gilir menjaganya,” katanya yang memohon agar seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan abangnya kembali pulih seperti sediakala.Sementara itu, anak saudaranya, Mustaffa Khair Johari, ketika dihubungi Bernama pula berkata, Mahadzir dibawa ke hospital awal pagi Ahad setelah anggota keluarganya mendapati beliau tidak sedarkan diri.

“Pada mulanya beliau hanya mengadu sakit kepala dan kita telah beri Panadol untuk dia, tetapi keadaan beliau semakin teruk dan telah tidak sedarkan diri sejak pagi tadi,” katanya.Menurut Mustaffa, pemeriksaan awal mendapati masalah ini mungkin berpunca daripada komplikasi buah pinggang dan paru-paru. “Sebelum ini memang kita tahu yang beliau menghidap diabetes dan darah tinggi, tetapi beliau tidak pernah sakit teruk seperti ini sebelum ini, dan ini merupakan kali pertama saya melihat beliau dalam keadaan macam ini. Mungkin faktor tekanan kerja,” katanya.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mengenali Mahadzir supaya mendoakan bapa saudaranya itu dan dipermudahkan urusan ketika sedang sakit ini.

 

Check Also

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen. Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.