Home » BERITA » Datuk Norhizam Sertai Perikatan Nasional Melaka

Datuk Norhizam Sertai Perikatan Nasional Melaka

Datuk Norhizam Sertai Perikatan Nasional Melaka. ADUN DAP Melaka iaitu Datuk Norhizam Hassan Baktee atau lebih dikenali sebagai BELIAU oleh netizen telah mengumumkan menyertai gabungan kerajaan baru di Melaka.

Datuk Norhizam Sertai Perikatan Nasional Melaka
Datuk Norhizam Sertai Perikatan Nasional Melaka

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tumbang hari ini dan bakal diambilalih oleh gabungan parti politik baharu yang dikenali Perikatan Nasional.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab. Raof Jusoh berkata, perubahan itu selaras dengan perubahan kerajaan Pusat.

“Secara rasminya, kerajaan PH Melaka tidak berfungsi, kita BN akan ambilalih kerajaan dan diumumkan setiausaha kerajaan negeri tidak lama lagi,” katanya dalam sidang media BN di Melaka hari ini.

Ab. Raof yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO berkata, pelantikan ketua menteri yang baharu juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kini bergabung dengan empat lagi wakil rakyat – dua daripada Bersatu, seorang ADUN DAP dan seorang ADUN PKR – menjadikan kesemuanya 17 ADUN.

Seorang wakil rakyat DAP itu ialah ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee manakala seorang wakil rakyat PKR ialah Datuk Muhammad Jailani Khamis yang juga ADUN Rembia.

Terdahulu Abd Raof menemui Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersama sekumpulan ADUN.- MalaysiaGazette

Check Also

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew. Ibarat kata pepatah buang yang keruh ambil yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.