Home » BERITA » Datuk Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka Ke 12

Datuk Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka Ke 12

Datuk Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka Ke 12. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Md Ali telah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Datuk Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka Ke 12

Datuk Sulaiman Md Ali, 55, hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Kompleks Seri Negeri di sini pada Isnin.

Sulaiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri menyempurnakan Istiadat itu di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob petang tadi

Mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan bersama Datin Munira M Yusop, Sulaiman ketika ini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Anak jati Melaka berasal dari Kampung Durian Daun, Masjid Tanah itu merupakan ahli Profesional Sarjana Pengurusan Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom dan berpengalaman dalam bidang cari gali selama lebih 25 tahun. -Awani-

Check Also

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.