Salam 1 Malaysia. Hari ini pihak admin Berita Viral Terkini akan berkongsi kepada anda artikel dan informasi berkaitan dengan Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia. Untuk edisi kali ini pihak editor telah memilih Pulau Pangkor sebagai salah destinasi percutian yang anda semua patut pergi. Jadi jom kita lihat apa yang terdapat dalam edisi Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Pangkor kali ini.
Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Pulau Pangkor
Pangkor, dengan gabungan menawan perkampungan nelayan dan resort, adalah destinasi percutian yang menarik dan selesa. Ia menyajikan pengunjung dengan peluang yang jarang diperolehi untuk mendekati kehidupan nelayan dan memerhati cara hidup mereka dan juga sekadar menikmati pantai yang halus dan kemudahan resort.
Nelayan tinggal di penempatan yang bertaburan di sebelah timur, menghadap pekan Lumut dan Teluk Batik. Pelawat berpeluang untuk melihat sebahagian daripada mereka semasa 40 minit perjalanan feri dari Lumut ketika berhenti di petempatan utama Sungai Pinang Kecil dan Sungai Pinang Besar sebelum mendarat di pekan Pangkor.
Dua kawasan pantai yang terkenal iaitu Pasir Bogak dan Teluk Nipah menawarkan kepada peminat aktiviti laut seperti aktiviti menyelam, luncur angin dan memancing. Walaupun Pasir Bogak agak maju, Teluk Nipah masih lagi mengekalkan suasana kampung. Teluk Ketapang atau Teluk Penyu masih menerima kehadiran penyu untuk singgah bertelur. Beberapa resort di pulau itu juga mempunyai padang golf yang sangat baik di kawasan mereka.
Panduan Perjalanan
Laluan Laut
Pangkor adalah 40 minit perjalanan menaiki feri dari Lumut. Feri berlepas setiap setengah jam.
Laluan Udara
Syarikat penerbangan swasta Berjaya Air terbang 5 kali seminggu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berdekatan Kuala Lumpur ke Pangkor..
Melalui Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah utara untuk ke Perak. Keluar melalui plaza tol Bidor. Perjalanan seterusnya adalah melalui jalan utama. Ikut papan tanda ke arah Pelabuhan Lumut atau Pengkalan Tentera Laut Lumut. Anda kemudiannya perlu mengikuti papan tanda ke Teluk Intan, Sitiawan dan Pulau Pangkor.
Laluan Darat
Melalui Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah utara untuk ke Perak. Keluar melalui plaza tol Bidor. Perjalanan seterusnya adalah melalui jalan utama. Ikut papan tanda ke arah Pelabuhan Lumut atau Pengkalan Tentera Laut Lumut. Anda kemudiannya perlu mengikuti papan tanda ke Teluk Intan, Sitiawan dan Pulau Pangkor.
Sila Hubungi
Tourism Malaysia State Office
Telefon: +605-255 2772/9962
E-mel: [email protected]
Artikel ini di olah dari laman sesawang milik Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Harapan admin supaya dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin merancang percutian mereka. Sumber gambar adalah dari google.