Selepas Pulau Pangkor pihak Editor Berita Viral Terkini memilih Gunung Kinabalu yang terdapat di Negeri Bawah Bayu Sabah untuk dijadikan sebagai salah satu Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia. Salah satu percutian yang agak luar biasa sedikit dari percutian biasa kerana ia memerlukan kita untuk mendaki gunung. Jadi jom kita baca apa yang kami kongsikan dalam artikel Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu ini.
Via ferrata (atau laluan besi dalam bahasa Itali) merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga, rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu. Terdapat lebih daripada 300 laluan via ferrata di dunia dan via ferrata tertinggi di dunia kini boleh ditemui di Gunung Kinabalu di Malaysia, di mana poin tertinggi bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter. Ini kali pertama sukan mendaki gunung menggunakan via ferrata diperkenalkan di Asia.
Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia : Via Ferrata Gunung Kinabalu
Aktiviti untuk semua, via ferrata dibina untuk membantu mereka yang ada sedikit atau tiada pengalaman langsung untuk sampai ke permukaan batu yang biasanya dicapai oleh pendaki berpengalaman. Ada beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti via ferrata, termasuk tahap kesihatan sederhana, mampu untuk mendaki setinggii 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang-kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang-kurangnya 1.3 meter; dan paling penting tidak takut pada ketinggian (atau sanggup untuk mengatasi rasa gayat).
Aktiviti ini pengalaman mencabar dan bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri via ferrata di Gunung Kinabalu, anda perlu tahu bahawa laluan untuk mereka yang baru mencuba adalah merasai pengalaman pertama mendaki dinding granit Gunung Kinabalu (pendakian kira-kira 2–3 jam).
Laluan pertengahan mengambil masa 4 – 5 jam perjalanan dan sebagai ganjaran para pendaki akan dapat menikmati keindahan pemandangan yang cantik.
Menaiki Kapal Terbang
Terdapat banyak penerbangan antarabangsa dan domestik untuk ke Kota Kinabalu.