Home » BERITA » Didakwa Bunuh Floyd Anggota Polis Ditahan

Didakwa Bunuh Floyd Anggota Polis Ditahan

Didakwa Bunuh Floyd Anggota Polis Ditahan. Seorang anggota polis Minneapolis terbabit insiden kematian lelaki Afrika-Amerika tidak bersenjata, George Floyd, ditahan semalam dan didakwa atas pertuduhan membunuh.

Didakwa Bunuh Floyd Anggota Polis Ditahan
Didakwa Bunuh Floyd Anggota Polis Ditahan

Derek Chauvin ialah seorang daripada empat anggota polis dipecat selepas tersebar rakaman video menunjukkan Floyd yang digari terbaring di atas jalan raya sambil Chauvin menekankan lututnya pada leher lelaki itu selama sekurang-kurang lima minit, Isnin lalu.

Insiden kematian Floyd, 46, mencetuskan tunjuk perasaan selama berhari-hari yang kadang-kadang menjadi ganas di Minneapolis dan bandar lain di Amerika Syarikat (AS) sebagai membantah kekejaman polis terhadap warga Afrika-Amerika.

Setakat ini, beratus-ratus kedai telah dirosakkan dan sebuah balai polis dibakar.

“Bekas pegawai polis Minneapolis, Derek Chauvin, telah ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh,” kata pendakwa raya county Hennepin, Mike Freeman, kepada pemberita.

Senator Minnesota, Amy Klobuchar, turut memuji tindakan menahan Chauvin yang disifatkan sebagai ‘langkah pertama ke arah keadilan’. – BH

Check Also

Identiti 7 Mangsa Maut Kemalangan Simpang Pulai Dikenalpasti

Identiti 7 Mangsa Maut Kemalangan Simpang Pulai Dikenalpasti

Identiti 7 Mangsa Maut Kemalangan Simpang Pulai Dikenalpasti. Salam Takziah dan mari sama-sama kita sedekahkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.