Home » Uncategorized » Ditinggal dalam kereta, kanak-kanak perempuan mati lemas

Ditinggal dalam kereta, kanak-kanak perempuan mati lemas

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.
Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia. 
Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.  
 

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;


Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta. 
Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku. 
Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

METRO ONLINE


P/S : KEPADA AKU DAN SEMUA IBU BAPA JADIKAN IKTIBAR BERITA DI ATAS

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

10 comments

  1. nauzubillah…kesiannya budak tu macam mana la maknya tak perasannn…
    mesti mak dia rasa serba salah sgt kan..kesian mak dia jugakkk..mana satu nak kesian ni..huuu

  2. Betul tu, kita kenalah selalu berhati-hati. Kerana kelalaian kita, orang lain menjadi mangsa.

  3. kesiannya budak ni.. adoi..

  4. alahai…cuainya huhuhu..menyesal pun tak berguna huhu

  5. dh byk kes mcm ni ..mtk d jauhkan lah

  6. Patut dijadikan iktibar…kerja bukan lah segalanya…kesempatan yg Allah berikan untuk bersama anak patut dihargai…..
    seram laa…

  7. Amat tersentuh disaat kematian kanak perempuan tersebut.tak dapat bayangkan bagaimana terseksanya sebelum mati…
    Tak tahu lah macam mana ibunya sebagai guru boleh tidak mempunyai akal fimiran yang waras. Hanya orang mental disordered sahaja yang boleh memberi alasan terlupa..tak masuk akal langsung.ianya bukan seorang ibu yang bertanggung jawab…tidak layak menjadi guru pun…

  8. Tak dapat bayang kan disaat kematiannya…pasti bertarung nyawa mencari jalan keluar dan akhirnya tewas..
    hanya ibu yang tidak bertanggung jawab sahaja yang sanggup memberi alasan TERLUPA…bodoh…..nye alasan tu…as a teacher you shouldn't have this kind of a stupid mentality…

  9. Amat tersentuh disaat kematian kanak perempuan tersebut.tak dapat bayangkan bagaimana terseksanya sebelum mati…
    Tak tahu lah macam mana ibunya sebagai guru boleh tidak mempunyai akal fimiran yang waras. Hanya orang mental disordered sahaja yang boleh memberi alasan terlupa..tak masuk akal langsung.ianya bukan seorang ibu yang bertanggung jawab…tidak layak menjadi guru pun…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.