Home » BERITA » Doktor Dedah Perangai Sebenar Kluster Kayangan

Doktor Dedah Perangai Sebenar Kluster Kayangan

Doktor Dedah Perangai Sebenar Kluster Kayangan yang begitu berbeza dengan kluster tabligh yang mereka uruskan sebelum ini bagi tujuan kuarantin dan rawatan Covid-19.

Doktor Dedah Perangai Sebenar Kluster Kayangan
Doktor Dedah Perangai Sebenar Kluster Kayangan

Ada banyak kisah yang melibatkan “kluster elit’ atau “kluster kayangan” ini. Kalau kisah yang baik bagus juga tetapi apa yang kita baca di media-media sosial semua kisah yang tak baik.

Berbeza dengan kluster tabligh sebelum ini banyak perkongsian yang baik-baik sahaja daripada barisan frontliners yang menguruskan mereka. Tapi harus diingat mungkin hanya segelintir sahaja dikalangan Kluster Kayangan ini yang bersikap tidak baik terhadap petugas dan ada segelintir yang berperangai baik dan memberi kerjasama penuh.

Kisah 1

Kami Bukan Anjing – Sakinah Sulong

Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.

Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.
Pengarah Jabatan ke,
Jemaah tabligh ke,
Doktor ke,
Pelajar ke,
Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.
Rongga mulutnya sama.

Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.

Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.

Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.
Marah-marah.
Panggil staff kami ‘dog’
Panggil staff kami pencacai najis.

Memang sangat kurang ajar!

Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.

Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.

Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!

Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.
Buat saringan simptom dan vital sign.
Buat pensampelan.
Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.
Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.

Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.

Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!
Memang tak bersyukur!

Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.

Kisah 2 – Dr Ahmad Samhan

“ You jangan main-main dengan i. You tak kenal siapa i”

“ Berapa kali saya nak terangkan. Encik kena sabar”

“ Oh, you tinggi suara ya? Nama apa? I’ll call my lawyer. Aku nak cakap dengan pengarah hospital sekarang!”

Bukan senang nak uruskan pesakit yang tak faham bahasa. Semua dia nak cepat. Dah terbiasa dengan layanan VVIP. Dari tadi diperhatikan. Mundar mandir seperti cacing kepanasan.

Suruh duduk dan tunggu giliran tak mahu. Mahu terus dilayan. Padahal ramai lagi orang lain yang datang lebih awal untuk disaring. Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali. Bukan tak tahu,kawasan hospital tak boleh hisap rokok.

Bila dilarang, “Bukan hisap rokok,vape lah!”

Mereka memang kluster dari kayangan. Tak pernah hidup susah. Tak pernah jadi miskin. Itu yang mendongak ke langit. Lupa nak berpijak ke bumi.

Dah kata jangan keluar negara. Tapi semua penerbangan ke luar negara penuh. Bila pulang bawa virus. Sekarang kerajaan suruh buat saringan dan kuarantin di pusat kuarantin, banyak pula dia komplen. Tandas busuk lah. Bilik takda aircond lah. Makanan tak sedap lah.

Susah nak beri kerjasama. Mereka ini tak perlu ramai. Ada 2-3 orang yang perangai begini dah pening kepala. Rasa macam handle 1000 orang. Hina staff kesihatan macam takda maruah. Nak tunjuk dia ada kabel besar, boleh dapat layanan istimewa. Tolonglah!

Nak aja beritahu covid, “ Weh, kau jangan masuk badan orang kayangan. Jangan masuk badan siapa-siapa pun. Kalau nak masuk juga, kami rela kau masuk kluster tabligh”

Tak pening kepala. Kluster paling mudah beri kerjasama. Walaupun ramai, tapi tak susah nak handle. Mereka dengar arahan. Jaga jarak. Sabar tunggu giliran dan tak merungut.

Ada siap tanya khabar. Tanya doktor dah makan atau belum. Bila kita beri arahan,mereka ikut. Sebab mereka diajar untuk taat.

Bila di kuarantin, ramai staff kesihatan terkesan melihat mereka. Al quran jadi teman. Solat awal waktu. Tiap kali doktor buat rondaan, mereka doakan. Doktor yang letih pun jadi kuat.

Ini luahan salah seorang sahabat saya sebagai frontliner yang menguruskan kluster dari kayangan.

Kami merawat tak kira bangsa,agama dan jantina. Semua sama. Cuma apa kami pinta beri kerjasama. Itu saja.

Sebab virus ini tak kenal siapa. Yang kaya,yang miskin, semua ada risiko untuk kena. Ingat, kita hidup didunia tak lama. Akhirnya, ke tanah juga.

Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak beri kerjasama pada petugas kesihatan.

Boleh follow saya, Ahmad Samhan dan set See First supaya tak tertinggal cerita lebih menarik yang saya kongsikan dan boleh dijadikan teladan bersama.

Check Also

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10000

Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10,000. Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.