Home » BERITA » Dong Zong Tutup Jalan Utama Kajang

Dong Zong Tutup Jalan Utama Kajang

Dong Zong Tutup Jalan Utama Kajang. Kes apa pula yang terjadi sampai jalan utama di Kajang kena tutup ni? Anda tahukan yang Dong Zong ini adalah Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.

Dong Zong Tutup Jalan Utama Kajang
Dong Zong Tutup Jalan Utama Kajang

Melibatkan beberapa jalan utama di Kajang ditutup sempena persidangan bantahan tulisan jawi oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Sabtu ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memaklumkan penutupan jalan utama itu bermula dari 11 pagi hingga 5 petang.

“Antara jalan yang ditutup adalah di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban, persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah, Jalan Jati dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) ke Jalan Bukit.

“Pada peringkat pertama, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah dan Jalan Jati ke Jalan Bukit akan ditutup dan dipantau anggota trafik. Pergerakan kenderaan adalah seperti biasa.

“Peringkat kedua pula membabitkan penutupan persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban dan persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat ke Jalan Bukit yang dibuat secara berperingkat mengikut keadaan lalu lintas di lokasi penganjuran,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai diminta mematuhi arahan pegawai kawalan lalu lintas yang bertugas ketika dan sebelum penutupan jalan dilakukan.

“Pengguna jalan raya diminta mengawal kelajuan dan kenderaan masing-masing supaya tidak berlaku kemalangan dan perkara lain yang tidak diingini.

“Elakkan mengguna laluan yang akan ditutup dan disarankan menggunakan laluan alternatif lain bagi urusan harian. Kerjasama daripada orang ramai diperlukan sepanjang penutupan jalan ini.

“Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kajang di talian 03 89114242 untuk sebarang pertanyaan berhubung penutupan jalan terbabit,” katanya. -Metro Online-

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020. Jangan lupa untuk saksikan perutusan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.