Home » INFORMASI » Download Borang Permohonan Bantuan Khas Covid 19 NADMA

Download Borang Permohonan Bantuan Khas Covid 19 NADMA

Download Borang Permohonan Bantuan Khas Covid 19 NADMA. Tahukah anda bahawa ada bantuan khas Covid-19 berjumlah RM100.00 sehari untuk mereka yang benar-benar layak? Jadi untuk maklumat penuh berkaitan dengan bantuan khas Covid-19 ini anda boleh baca artikel ini sehingga habis.

Anda boleh juga Download Borang Bantuan Khas Covid-19 tersebut di sini.

Download Borang Permohonan Bantuan Khas Covid 19 NADMA

Tabung COVID-19 telah dilancarkan untuk membantu mereka yang telah dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). penularan COVID-19 di Malaysia.

Soalan-soalan Lazim

Siapakah boleh memohon?

i. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

ii. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Siapakah yang tidak layak memohon?

i. Bukan Warganegara Malaysia

ii. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

iii. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian.

  1. Berapakah kadar bantuan?

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

  1. Bagaimanakah kaedah untuk memohon?
    Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my

Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
03-8870 4800

Mohon layari portal kami untuk maklumat lanjut. www.nadma.gov.my atau anda semua boleh merujuk laman facebook rasmi NADMA

Kepada semua rakyat Malaysia yang berkemampuan anda semua boleh menderma kepada Tabung Bantuan Bencana Negara seperti maklumat tertera di dalam gambar di bawah :-

Jika tidak boleh Download Borang sila cuba di link INI

Check Also

Cara Pengeluaran ASNB Secara Online

Cara Pengeluaran ASNB Secara Online

Cara Pengeluaran ASNB Secara Online. Semakin hari semakin banyak kemudahan yang kita perolehi secara dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.