Home » Uncategorized » Download Borang Tuntutan i-BRIM & Maklumat Terperinci i-BRIM

Download Borang Tuntutan i-BRIM & Maklumat Terperinci i-BRIM

 

Apakah i-BR1M?

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan
kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan
membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya
berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan
i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos
dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful. 


Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?

Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.

Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut
 Klik untuk imej lebih jelas
Berikut adalah manfaat I-BR1M 2014;

1) Pampasan Kematian Bukan Akibat Kemalangan  – RM 1,000.00
2) Pampasan Kematian Akibat Kemalangan – RM 30,000.00
3) Pampasan Akibat Hilang Upaya Kekal (PD) – RM 30,000.00

Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?

Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di: 

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my 
Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my 
Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian :

Pengendali Takaful

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (www.takaful.hsbcamanah.com.my)  Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my)
AmFamily Takaful Berhad (www.amtakaful.com.my)    
Sun Life Malaysia Takaful Berhad (www.sunlifemalaysia.com)
Etiqa Takaful Berhad (www.etiqa.com.my)    
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)
Great Eastern Takaful Bhd (www.i-great.com)    
Hong Leong MSIG Takaful Berhad (www.hlmsigtakaful.com.my)
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (www.takaful-ikhlas.com.my)    
MAA Takaful Berhad (www.maatakaful.com.my)


Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Klik untuk imej lebih jelas

Bilakah tuntutan akan dibayar?

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti berikut:

Hotline: 03-2716 2716

Emel: i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my

Maklumat lanjut : i-BRIM Portal 
Download Borang : Borang Tuntutan Insurans 

 

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.