Home » BERITA » Dua ADUN PKR Kedah Keluar Parti

Dua ADUN PKR Kedah Keluar Parti

Dua ADUN PKR Kedah Keluar Parti. Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengisytiharkan keluar parti hari ini dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka ialah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee kedua-duanya dari PKR.

Pada masa sama, mereka turut menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Azman berkata, kedua-dua mereka kini menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Persekutuan serta penubuhan kerajaan PN di peringkat negeri Kedah.

Menurutnya, satu pengumuman khas akan dibuat petang ini bagi memaklumkan mengenai satu kerjasama politik baharu di negeri Kedah, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu di negeri itu.

Sementara itu, Robert menyatakan, beliau akan turut melepaskan semua jawatan dalam parti yang disandang ketika ini, termasuk sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani. -Awani-

Check Also

Semakan GKP 2020 Geran Khas Prihatin

Semakan GKP 2020 Geran Khas Prihatin

Semakan GKP 2020 Geran Khas Prihatin. Semakan secara online untuk Geran Khas Prihatin (GKP) 2020 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.