eGumis Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Online telah pun diperkenalkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia baru-baru ini. Ini adalah susulan tularnya kisah Wang Tidak Dituntut di media sosial yang mengundang pengguna menyerbu pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negara. Ada yang sanggup beratur panjang bagi mengetahui nilai atau jumlah Wang Tidak Dituntut mereka. Oleh hal yang demikian, ramai netizen yang mencadangkan supaya WTD ini boleh disemak melalui sistem dalam talian atau on-line.
Sistem eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) dilancarkan oleh kerajaan bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak WTD mereka jika ada. Ini kerana mengkiut rekod yang dicatatkan oleh Kementerian Kewangan sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja. “Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut.
Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/
Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).
Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.
Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.
Nak tahu Tutorial cara daftar dan guna sistem ini? Anda klik sahaja link : TUTORIAL EGUMIS