Home » Uncategorized » Ekslusif!!! Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru

Ekslusif!!! Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru

JOHOR BAHRU 18 Nov. –  Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi selepas seorang remaja berusia 16 tahun hilang selepas didakwa masuk ke dalam villa berkenaan bersama beberapa rakannya.
Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja yang berasal dari Majidee di sini itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

“Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya itu sebelum dimaklumkan anaknya itu  telah masuk ke dalam Villa Nabila ini.
“Bagaimanapun, usaha mencari remaja tersebut masih dijalankan di villa berkenaan sama ada benar dakwaan remaja tersebut masuk dan hilang di dalamnya,” katanya yang mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay di sini pukul 1 pagi tadi.
Abdul Samad bagaimana menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan seramai 30 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan.
Utusan Online

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

3 comments

  1. hurmm saja cari nahas lah ni..

  2. hhmmmm macam2 ..entah2 ada drama disebalik tu ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.