Emma Maembong Selamat Bernikah. Sudah pasti hari ini menjadi pilihan ramai pasangan untuk melangsungkan acara akad nikah kerana tarikh yang cantik. 20 2 20 atau 20 Februari 2020.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Emma Maembong dan pasangan Muhammad Syazli Azhar yang telah pun selamat diijabkabulkan pada jam 11.58 pagi tadi di sebuah premis tertutup di Bukit Damansara.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong.
Pada majlis berkonsepkan warna putih itu dan dihadiri 300 tetamu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 bersama senaskhah Al Quran bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Pasangan ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.
“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah (20022020) juga sangat cantik dan kenapa tidak kami abadikan sebagai detik hari bahagia saya dan suami.
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Emma dan Syazli semoga kekal berbahagia hingga ke syurga. -MStar-