EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda bermula 1 Ogos 2020 rakyat Malaysia yang layak boleh menebus ewallet RM50.00.
Penebusan ini adalah menerusi tiga platform ewallet terbesar di Malaysia iaitu Touch n’ Go eWallet, Grabpay dan Boost. Namun begitu anda semua perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mendaftar butiran peribadi anda sama seperti dalam kad pengenalan.
Ini akan memudahkan anda untuk menebus RM50 di aplikasi ewallet yang dinyatakan. Jika ada kesilapan dalam pendaftaran anda dalam aplikasi MySejahtera penebusan RM50 anda mungkin ditolak dan perlu permohonan semula dengan mengemaskini kesilapan yang dinyatakan.
Contoh kesilapan yang selalu terjadi adalah data yang dikemaskini dalam MySejahtera tidak sama seperti dalam IC. Jika nama kita dalam IC adalah Azmi bin Mohamad, dalam MySejahtera juga perlu diisi Azmi bin Mohamad, bukannya Azmi Mohamad sahaja. Ini sebagai contoh ya.
Jadi jangan lupa untuk tebus RM50.00 eWallet bantuan dari kerajaan ini. Untuk maklumat berkaitan MySejahtera sila baca di SINI