Home » Uncategorized » Exam Online Ramai Tidak Puas Hati Dengan SPA

Exam Online Ramai Tidak Puas Hati Dengan SPA

 

Exam Online Ramai Tidak Puas Hati Dengan SPA

Semalam adalah peperiksaan online bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam ( W27 ) di laman web SPA. Tetapi peperiksaan ini telah mengecewakan ramai calon. Aku dah agak perkara ini akan berlaku dan memang ianya betul-betul berlaku.

Salah seorang yang terkena dengan masalah ini adalah adik ipar aku sendiri. Dari pagi beliau cuba untuk masuk ke laman web SPA tapi tidak berjaya. Dalam masa 2 jam untuk cuba masuk tetapi tidak berjaya. Sampai lah dalam pukul 10 pagi baru boleh masuk website SPA tetapi beliau dah tawar hati dah untuk buat exam tersebut.

Ye la kan bahagian A dah tak jawab buat apa nak jawab bahagian lain. Katanya bukan rezeki beliau kot dengan exam ni. Tu kira ok lagi. Ada juga rungutan dan aduan kawan-kawan di laman sosial yang mengatakan bila selesai satu soalan dan nak jawab soalan lain soalan tersebut tiba-tiba hilang dan keluar lah perkataan ini “This Webpage is not available”.

Ini antara sikit apa yang boleh aku kongsikan dari apa yang terjadi semalam. Rasanya pasti ada rasa tidak puas hati terutama kepada calon exam semalam. Jika ada calon exam yang terlibat dengan masalah exam semalam jangan lupa kongsi di ruangan komen.

Admin juga kongsikan pengalaman salah seorang sahabat dalam entry nya bertajuk ” Portal Rasmi SPA Zalim kepada calon exam pen penguasa kastam “

Harap pihak SPA akan kaji apa sebenarnya yang berlaku dan buat penambahbaikan supaya ianya tidak terjadi lagi dan ia memburukan imej sebagai sebuah agensi kerajaan.

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.