Home » HIBURAN » Faizal Uzir atau Lok U Meninggal Dunia

Faizal Uzir atau Lok U Meninggal Dunia

Faizal Uzir atau Lok U Meninggal Dunia. Pengarah muzik terkenal negara Faizal Uzir atau popular dengan panggilan Lok U dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi tadi Rabu 22 Januari 2020.

Faizal Uzir atau Lok U Meninggal Dunia
Faizal Uzir atau Lok U Meninggal Dunia

Allahyarham Lok-U yang berusia sekitar 40-an difahamkan sesak nafas selepas berjogging.

Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Sehingga pukul 11.45 pagi tadi, berita pemergian mengejut Allahyarham Lok-U mula dikongsi oleh penggiat muzik tanah air.

Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.-Awani-

Check Also

Biodata Profil Penyanyi Nomad

Biodata Profil Penyanyi Nomad

Biodata Profil Penyanyi Nomad. Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Nomad yang menyampaikan lagu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.