Home » HIBURAN » Fenomena FB Live Wak Jeng Hiburkan Netizen

Fenomena FB Live Wak Jeng Hiburkan Netizen

Fenomena FB Live Wak Jeng Hiburkan Netizen. Bermula 18 Mac 2020 negara kita telah berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Disebabkan PKP banyak aktiviti perniagaan atau sosial tidak dibenarkan. Rakyat pula hanya boleh kekal duduk di rumah sahaja.

Fenomena FB Live Wak Jeng Hiburkan Netizen
Fenomena FB Live Wak Jeng Hiburkan Netizen

PKP turut memberi kesan atau impak kepada kebanyakan kumpulan buskers yang mencari rezeki dengan membuat persembahan nyanyian di hadapan orang ramai di tempat tumpuan ramai.

Ia termasuk lah satu kumpulan yang dikenali sebagai Akustikaria yang dibarisi oleh satu keluarga.

Akustikaria membawakan lagu-lagu masyarakat, berunsur nasihat termasuk irama 70-an itu bergiat aktif sekitar Muar dan Batu Pahat, Johor. Rutin tetap mereka membuat persembahan sekitar hentian rehat dan rawat (R&R) Pagoh arah utara, selain undangan persembahan majlis perkahwinan.

Mohamad Shafiq atau lebih dikenali dengan nama ‘Wak Jeng’ dalam kalangan peminat kumpulan buskers berkata, alternatif itu secara tidak langsung memberi ruang terus menjana pendapatan seperti biasa, walaupun dalam tempoh PKP.

“Kerja kami busking, setiap hari. Walaupun tidak dapat melakukan persembahan di luar seperti kebiasaan disebabkan tempoh PKP, kami bersyukur apabila tetap dapat menghiburkan dengan tontonan mencecah 7,000 orang ketika bersiaran FB Live. Cuma bezanya, kami tak dapat melihat penonton secara berdepan.

Untuk menonton live yang lain sila ikuti laman FB Wak Jeng

Jom layan salah satu live Wak Jeng sambil tu kita beri lah sumbangan ikhlas

Bismillahirahmanirahim… Jom layan kami busking live di rumah.. Ps/kepada yang sudi menyumbang boleh salurkan di account cimb mohamad shafiq bin selamat (7620156216)

Dikirim oleh WAK JENG pada Senin, 11 Mei 2020

Check Also

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35

Live Streaming Separuh Akhir Muzik-Muzik 35. Bagi peminat-peminat Muzik-Muzik 35 yang tidak dapat menyaksikan persembahan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.