Home » BERITA » Fenomena Gerhana Matahari Anulus di Malaysia

Fenomena Gerhana Matahari Anulus di Malaysia

Fenomena Gerhana Matahari Anulus di Malaysia 26 Disember 2019. Sudah pasti semua rakyat Malaysia telah menyaksikan kebesaran yang Maha Esa sebentar tadi bukan. Gerhana Matahari Anulus atau pun dipanggil Gerhana Matahari Cincin.

Fenomena Gerhana Matahari Anulus di Malaysia
Fenomena Gerhana Matahari Anulus di Malaysia

Jika dilihat di media-media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain kebanyakan netizen berkongsi video atau gambar fenomena gerhana matahari yang mereka rakamkan.

Untuk makluman semua, pihak Planetarium Negara ada membuat pengumuman berkenaan dengan fenomena ini. Pengumuman tersebut adalah seperti berikut :-

Pada Khamis, 26 Disember 2019, seluruh penduduk Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Anulus.

“Anulus” bermaksud “cincin” di dalam bahasa Latin hanya dapat disaksikan dari Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Kawasan-kawasan lain di Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja.

Fenomena ini bagi umat Islam adalah salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Oleh hal yang demikian, apabila terjadinya sesuatu fenomena gerhana umat Islam digalakkan untuk melakukan solat sunat gerhana.

Jadi adakah anda dapat melihat fenomena ini sebentar tadi? Anda dapat rakam gambar atau video? Subhanallah..sungguh besar kekuasaan Allah SWT kan?

Sumber Gambar : FB Nik MOhd Fadly

Check Also

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya?

Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa Rumusannya? Pertemuan Anwar Ibrahim Menghadap YDP Agong Apa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.