Home » HIBURAN » Fizo Omar vs Blogger

Fizo Omar vs Blogger

Fizo Omar vs Blogger
Fizo Omar vs Blogger

Panas cerita Fizo Omar vs Blogger hari ini. Abam pun blogger suam-suam kuku jadi friendlist abam memang ramai sahabat-sahabat blogger. Seperti biasa kebanyakan blogger memang akan buat review apa yang mereka semua lalui. Sama ada secara jemputan khas atau pun review secara peribadi. review secara peribadi selalunya memang lahir secara ikhlas jujur amanah dan penuh dengan tiada tipu daya langsung.

Review berbayar atau secara jemputan pastinya ada guidelines yang perlu blogger turuti dari pihak penganjur. Ada juga yang post tersebut telah pun dibuat khas untuk mereka. Kira macam press realease sesuatu jabatan lah contoh mudah.

Memang viral sudah kisah Fizo Omar vs Blogger. Blogger tersebut sahabat abam di alam maya juga. Nama beliau Siti Aminah tetapi lebih dikenali dengan nama Emas Putih. Beliau telah memberikan komen terhadap servis dan makanan kedai baru Fizo Omar. Tetapi dengar ceritanya si Fizo Omar membalas review itu dengan cara yang kurang elok ayatnya. Lebih kurang begitulah ceritanya. Jika nak lebih details anda baca sahaja kisah tersebut di blog Emas Putih.

Mstar hari ini pun telah mengeluarkan berita tentang Fizo Omar vs Blogger ini. Anda boleh baca di SINI. Ini pendapat abam la ye, sebagai seorang peniaga terutamanya kedai makan anda sebagai seorang pemilik restoran tersebut tidak boleh bersikap sombong. Kerana apa, kerana apa yang pelanggan lalui itulah aset kepada peniaga.

Jika pelanggan kata bagus, maka bagus lah ia..dan pasti pelanggan tersebut akan “mengrekomen” kan kedai anda kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja. Ini dinamakan promosi percuma untuk peniaga. Tetapi sebaliknya jika pelanggan menegur dan memberi pendapat tentang servis, tentang makanan, atau tentang apa sahaja berkenaan kedai anda, anda perlu ambil positif dan jangan terus menghentam. Mungkin boleh hubungi semula pelanggan dan berbincang (rujuk kes inilah). Setakat permohonan maaf tetapi ayat macam haram jadah serupa tak ikhlas je tu. Jadi daripada teguran tersebut tokey kedai kenalah perbaiki apa yang dikomen. Simple bukan.

Tidak semestinya anda popular, anda seorang artis anda boleh bagi statement apa sahaja. Nak-nak statement yang menunjukkan anda seorang sahaja yang betul. Ok cukup setakat hari ini. Kbai

nota kaki : pihak Fizo sudah pun respon kepada Review Uzu..dan membuat kenyataan maaf

Check Also

Penceraian PU Abu dan Isteri Sah Ini Penjelasan Sebenar

Penceraian PU Abu dan Isteri Sah Ini Penjelasan Sebenar

Penceraian PU Abu dan Isteri Sah Ini Penjelasan Sebenar. Baru semalam ada berita berkenaan yang …

One comment

  1. asyik nak up ajer ..mana boleh….

    Kalau bagus..kita kata bgus.. kalau x.. mmg x la kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *