Home » Uncategorized » Fungsi dan Peranan Jabatan Kastam

Fungsi dan Peranan Jabatan Kastam

Fungsi dan Peranan Jabatan Kastam

Untuk menjawat jawatan sebagai Penguasa Kastam W27, perkara asas yang anda perlu tahu tentunya fungsi dan peranan Jabatan Kastam.

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) merupakan agensi pemungut hasil utama di Malaysia. JKDM yang terletak di bawah Kementerian Kewangan Malaysia memainkan peranan sebagai:

1. Pemungut hasil negara – Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.

2. Memberi fasiliti kepada sektor perdagangan dan perindustrian – JKDM telah memainkan peranannya memberi kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.

3. Memastikan pematuhan perundangan – JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.