Home » BERITA » Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru

Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru

Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru
Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru

Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia akan mendapat Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru. Ini disahkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak. Maka dengan kenyataan ini memang benarlah bahawa akan ada Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-8 selepas Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Memang benarlah apa desas-desus yang kita dengar tentang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz akan digantikan.

Siapakah calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Kita tunggu dan lihat sahaja pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Bila ianya akan berkuatkuasa juga tidak dapat diketahui. Admin memetik laporan daripada Berita Harian Online di mana YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak membuat kenyataan ini di San Francisco.

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dalam kenyataan beliau berkata Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung pelantikan Gabenor Bank Negara yang baharu. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pelantikan untuk jawatan berkenaan adalah keputusan kerajaan. “Kerajaan akan memutuskan dalam masa terdekat. Pelantikan jawatan itu (Gabenor) tertakluk kepada keputusan kerajaan,” katanya.

Siapakah agaknya calon Bank Negara Malaysia yang baru agaknya. Ada juga komen-komen di media sosial yang boleh membuat anda semua ketawa berkaitan artikel ini. Tahukah anda anda Netizen yang mencadangkan Ahmad Maslan sebagai Gabenor yang baru. Kita tunggu dan lihat sahaja apa keputusan pihak kerajaan.

Check Also

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia. Ahli Parlimen Tanjung Piai dan juga merupakan Timbalan Menteri …

2 comments

  1. wan emdebee arul kanda…..he could be d next …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.