Home » BERITA » Gadis Hampir Dirogol Di Tandas Petronas Rawang

Gadis Hampir Dirogol Di Tandas Petronas Rawang

Gadis Hampir Dirogol Di Tandas Petronas Rawang
Gadis Hampir Dirogol Di Tandas Petronas Rawang

Ini kisah benar. Seorang Gadis Hampir Dirogol Di Tandas Petronas Rawang malam tadi 9 Mei 2016. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.00 malam. Ini telah diviralkan sendiri oleh kakak kandung mangsa sendiri. Jom sama-sama kita share seberapa banyak supaya ianya menjadi viral terutama kepada semua wanita-wanita diluar sana supaya lebih berhati-hati. Jom kita baca kisah yang dikongsikan sendiri oleh kakak mangsa dan mangsa.

Dari FB Dhiya Srikandi Qalbu:
Baru sampai rumah dari Balai Polis Rawang.
Adik kandung hampir dirogol dalam tandas Petronas Rawang pada jam 10malam (9/5/2016)
Esok saya viralkan kes ni.
Sebagai peringatan untuk semua supaya lebih berhati-hati.
Sy kongsikan screenshot adik saya lari menyelamatkan diri selepas bergelut dengan suspek dalam tandas.
Nasib baik adik x jadi mangsa rogol.
Nak balik dulu…esok sy viralkan kes penuh.

Adik ckp.. suspek tu xde bau alkohol..xda bau busuk peluh..
Xtau la klu dlm pengaruh dadah..

Kemungkinan juga suspek tu dah lama dlm tandas perempuan.. bilik tandas ada 3bilik kecik…dan suspek muncul dpn pintu tandas adik guna tu..seluar dah buka zip nampak seluar dalam warna merah..disitu juga suspek tolak adik kedalam dan adik bergelut lepaskan diri… haihh.. jerit dlm tandas tu byk kali..tp tenggelam jeritan adik tu sbb bunyi muzil yg kuat..pekerja petronas tu pasang radio kuat2…
Nasib suspek x bawa senjata.. cuma dia kejar adik sy smp luar pintu.. dia lari lps dgr adik jerit sekuat hati..

Toilet dlm ada 3 bilik
.. rasanya setan tu dlm salah 1 bilik..
Mula2 masuk ada lg 2 perempuan lain… setan ni muncul dpn pintu dan trus tolak balik kedalam bilik toilet yg dia guna tu jugak…

UPDATE TERBARU:

Dhiya Srikandi Qalbu Pagi ni adik ke hospital dan ada proses pengecaman di balai polis.
Mlm td dah ada tangkapan suspek kes.. cuma nak kenalpasti sama ada itu adalah benar2 suspek

PENGAKUAN MANGSA

Assalamualaikum semua… terima kasih sbb prihatin… sy xde apa2 cuma luka kecil & bengkak kaki badan disebabkan pgelutan tu…
Masa sy nak masuk dlm toilet ada 2 org ppuan.. sorg dicermin tgh betulkan tudung.. sorang lagi didalam toilet tengah .. kata polis kemungkinan dia didalam toilet tu… kemungkinan… semasa sy didalam toilet dan sudah selesai sy tdgr org masuk toilet dan tutup pintu masuk utama toilet dgn perlahan.. sy mula rasa x sedap hati.. sy buka pintu toilet sy ada lelaki berdiri betul2 depan pintu toilet dengan keadaan tidak berbaju cuma berseluar dgn zip tidak ditutup.. sy fikir dia mungkin mabuk dan tsilap toilet.. dia dgn cepat menolak sy masuk kedalam toilet semula tapi sy melawan.. 2 kali / lebih sy ditarik tapi sy melawan.. sy terjatuh di lantai…
Bila sy tjatuh dia cuba lipat tangan sy kebelakang ( org kita panggil teknik kunci kan? ).. tapi sy lawan sekuat hati sambil bpaut pd lubang udara tepi toilet utk menjerit … dia dalam keadaan kelam kabut utk lari .. bukak pintu sy pun lari keluar sampai tjatuh dan dia mengejar… tapi sy menjerit lagi minta tolong… lepas tu dia lari ke arah belakang …

ciri2 suspek yg berbangsa india

Ciri2 dia ;
• Berbaju Merah Biru (Barcelona)
• Seluar Pendek 3suku, poket tepi dan berwarna coklat cair
• Tinggi Sederhana
• Badan sedikit berisi
• Rambut nipis mcm botak
• Berkulit coklat cerah
• pada badan terdapat tatu

Dia lari tertinggal topi dan kasut/selipar..ada pd RELA yg bertugas di JPN Rawang

Jadi kepada kaum wanita diluar sana, harap anda semua berhati-hati apabila ingin ke tandas di stesen minyak. Kedudukan tandas stesen minyak yang berada di belakang memungkin kegiatan jenayah mudah untuk dilakukan. Harap ada yang meneman kaum wanita apabila ingin menggunakan tandas di stesen minyak.

Check Also

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati. Dua suspek yang didakwa membunuh seorang pemandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.