Home » BERITA » Gajah Mati Dilanggar Treler di Terengganu

Gajah Mati Dilanggar Treler di Terengganu

Gajah Mati Dilanggar Treler di Terengganu. Selepas tular berita dan video mengenai ikan paus pembunuh dan harimau malaya yang jinak terbaru seekor gajah pula mati dilanggar treler.

Gajah Mati Dilanggar Treler di Terengganu
Gajah Mati Dilanggar Treler di Terengganu

Selepas rusa, seekor gajah liar mati dilanggar sebuah treler yang membawa muatan bijih besi di kilometer 44, Jalan Kuala Berang-Aring di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu mengakibatkan gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun dengan berat hampir tiga tan mati di tempat kejadian selepas terperosok di bahagian tayar belakang bawah kepala treler tersebut.

Bagaimanapun, pemandu treler yang berusia 32 tahun dari Bandar Permaisuri, Setiu itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati pemandu treler yang dari arah Gua Musang menghala ke Pelabuhan Kemaman itu tidak sempat mengelak kawanan gajah liar yang melintas.

“Apabila sampai di tempat kejadian, sekawan gajah liar telah melintas dari bahu jalan sebelah kiri dari arah Gua Musang untuk ke kanan jalan arah ke Pelabuhan Kemaman.

“Akibat jarak yang terlalu dekat treler berkenaan tidak sempat mengelak kawanan gajah liar lalu terlanggar seekor gajah yang cuba melintas jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Adli, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berada di lokasi kejadian untuk memberi bantuan dan kerja-kerja mengalih bangkai gajah tersebut telah dilakukan kakitangan jabatan berkenaan dengan sebuah lori.

Katanya, treler jenis Volvo yang membawa muatan bijih besi itu pecah pada lampu hadapan sebelah kiri manakala bahagian bumper hadapan remuk.

Beliau berkata, lokasi kejadian merupakan laluan berselekoh tajam menuruni bukit dan ketika kemalangan itu keadaan cuaca baik dan tidak hujan dengan permukaan jalan kering.

Kes dirujuk kepada majistret (RTM).

Difahamkan bangkai haiwan liar itu ditanam berdekatan lokasi kejadian dan kerja-kerja tersebut selesai kira-kira pukul 1 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Check Also

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Bermula 17 September 2019, tiada lagi bangunan Hospital Bersalin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.