SEORANG pemberontak di Syria mendakwa dia merupakan bekas pemain Arsenal yang membesar bersama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Lelaki yang mendakwa telah meninggalkan kehidupan mewah di Eropah itu dikesan mengeluarkan pengakuan tersebut menerusi dua rakaman video yang dimuat naik di laman web ekstremis. Laman web tersebut antara lain turut menggesa penduduk di Ukraine menyertai Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Bekas anak didik Arsene Wenger itu dikesan menutup mukanya dengan kain hitam sambil memegang senjata api jenis, AK-47 dan bercakap dengan penonton dalam Bahasa Inggeris yang baik. Dalam rakaman tersebut, lelaki itu mendakwa, “Saya telah membesar dengan Ronaldo, bermain untuk Arsenal dan meninggalkan bola sepak, wang dan cara hidup mewah Eropah untuk mengikut jalan Allah.” “Saya juga dari Portugal dan menyertai kumpulan ini sejak dua tahun lalu.
innity_pub = “414a7497190eaef6b5d75d5a6a11afcf”;
innity_zone = “44169”;
innity_width = “300”;
innity_height = “250”;
innity_country = “MY”;
nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;
“Nasihat saya kepada awak adalah kami memerlukan apa sahaja sokongan kepada mereka yang dapat membantu kami berlawan dengan musuh,” katanya. Lelaki itu juga berkata, “Selamat datang dan mari menyertai kami, kepada mereka yang berfikir tidak boleh bertempur mungkin kamu dapat membantu dengan cara lain.
“Sebagai contoh memberi bantuan perubatan, kewangan, nasihat dan apa-apa lagi yang ada pada kamu. Kami akan menerima apa sahaja sumbangan kamu yang ingin berjihad bersama,” jelasnya. Sementara itu, jurucakap Arsenal memberitahu, pihaknya tidak mengenali lelaki terbabit dan bersedia menyiasat dakwaan berkenaan kerana tidak mahu kelab yang sedang bersaing untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris itu diboikot gara-gara dikaitkan dengan pengganas.
p/s : Arsenal baru kena 3 biji dengan Everton oiittt